|
|
| Monday, 21-Jul-2008 09:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MONOTONE - aku pun tak pasti dengan tajuk nih
|
 |
|
Menembak diri sendiri
|
|
 |
|
kemudian memetik kuntum larangan
|
|
 |
|
sepohon pokok yang romantik
|
|
|
Panjat Bukit Larut lagi, sambil berlari-lari anak menuju ke punchaknya. Masuk kali ni dah beratus belas kali dah panjat. Tapi tiap kali panjat mesti bawak kamera. Entah bila la kamera aku nak tinggal duduk diam-diam di rumah.
Kali ini musim hujan, jadi yeop-yeop ngan yong-yong kat atas nun pun kesejukan. Ada yang tak bawak selimut, berselimut yeopnya. Tapi aku takmau tangkap gambarnya sebab kamera aku baik hati dan berintegriti. Aku pun meneruskan perjalanan dalam renyai hujan bersuhu 16darjah celsius mengikut termometer jabatan kajicuaca.
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 17-Jul-2008 07:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MOOD KURANG BAIK - Teringat seorang kawan terlalu best!!
|
|
MOOD
Masih dalam mood berkabung hari ini. Dalam e-mail, ramai kawan-kawan yang saling berhubung dan brcerita tentang kehilangan allahyarham secara mengejut. Irwan Hasyimi yang ganas itu pun turut bersedih "Selain kau, dialah kawan aku yang paling rapat".
Kawan-kawan, redhakan pemergian allahyarham. Allah lebih menyayanginya.
WEDDING
Paging to Mimi (Elmy Marina), update your request. Jangan bimbang, kawan-kawan ada special price!!
Dan sedikit sneak preview utk recent job yang saya attend di Teluk Intan.
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 16-Jul-2008 01:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nik Azli in memories
|
|
Innalillahi wainnailaihirojiun. Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut saya selepas mendapat berita daripada isteri allayarham pagi ini, dikhabarkan diserang strok awal pagi ini sebelum diahantar ke hospital Ipoh. Allayarham yang juga kawan rapat ketika menuntut di USM (sehigga selepas grad), adalah seorang yang terlalu merendah diri, seorang yg sentiasa rasional, matang dari setiap pertuturan dan perbuatan, dan suka berjenaka, anak sulung yang bertanggungjawab dan mendirikan rumahtangga Dec 2007 (saya juga adalah OP arwah). Terlalu banyak kebaikan kalau ingin diceritakan, apalah sangat coretan saya disini kalau dibandingkan dengan memori selama barkawan dengan allayarham hampir 10tahun. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan isteri beliau, Hasnah. Al-Fatihah.
Semoga allayarham tergolong dalam golongan orang-orang mukmin...Amin.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 14-Jul-2008 06:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jauh Perjalanan - TERENGGANU D.I
|
|
Salam...Dulu semasa di universiti, pernah terniat untuk drive round Malaysia. Tapi masa tu pakai kereta kecik, jadi kecik lah jugak harapan untuk plan tersebut menjadi. Sampailah grad, niat tu tak pernah menjadi. Tujuannya cuma untuk melihat sendiri budaya di setiap negeri di Malaysia ni (kecuali sabah- asal saya & sarawak). Minggu lepas berpeluang untuk drive sampai ke pantai timur. Sayangnya bukan untuk melihat-lihat, tugasan official. Drive seorang diri dari Taiping ke Paka (Dungun) ambil masa ~10jam melalui jalan Taiping - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang - Setiu - K.T - Marang - Dungun. Cukup mencabar. 3 hari di terengganu, tapi masa sangat terhad untuk menjamu mata. Kemudian kembali ke Taiping ikut jalan yg sama, lagi 10jam drive.
Sepintas lalu, terengganu memang negeri hebat. Mungkin lain kali, saya akan menghabiskan lebih banyak masa di sana dan bukan untuk tujuan "kerja" (Owh, satu perkataan yg sungguh menggerunkan tapi kadang-kadang seronok juga  ).
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jul-2008 09:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farah & Fairuz, bertunang - Clash with Family Day
|
|
 
Well, another best client ever in my list. Anak Pak Teh (nama panggilan ayah farah), orang kaya Batu Kurau. Kebetulan ada bau-bau bacang dengan sebuah keluarga yang biasa dengan saya (saya yg biasa dengan keluarga tersebut), sangat rapat hinggakan kalau ada apa-apa event, saya tak tertinggal dalam list yang wajib dipanggil datang, dan kalau tiba musim durian, berkampunglah saya di situ. Kebetulan pada hari pertunangan Farah, ada family day syarikat saya. Nak tak nak, kena lupakan family day, datang ke majlis farah, walaupun pagi tu menyempat juga ke family day (Bukit Merah). Dan tunangan beliau, jejaka kacak dari kg. Expo Kamunting (tiada dalam gambar sebab tak ikut sekali). Budak farah ni memang suka betul berposing, pantang dapat instruction dari saya maka berposing la dia, tak sedar sampai ke petang dan saya terpaksa balik sebab puan besar dah masam muka. Hahaha. So, farah bercadang untuk hire saya lagi for their wedding in Nov. InsyaAllah, kalau tiada halangan, saya akan cuba. Anyway Farah, thanx for the sms "gambar cantik sgt la aziz, suka sangat..bla bla bla..." Susah nak taip, panjang sgt.
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Jul-2008 01:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Birthday Surprise!
|
|
A guy who celebrate his girlfriend's birthday make some joke by throwing his girlfriend into a lake. In a few seconds, his girlfriend who a swimmer in her college, swimming to the nearest bank. Unfortunately before she reaches the bank, a big ugly monster grabs her feet and feed her into the monster’s big mouth and tries to eat her, while her boyfriend still stay in cool, preparing the birthday candles because he knew something secret about his girlfriend but never seen what was that before. Suddenly, a flash like thousands of SB-800 flashed from the sky. Then as predicted, his girlfriend transforms to become Sailormoon. The monster getting shocked with it. In just two steps of the power of moon, the monster disappears after fired by Sailormoon. Now, the guy satisfied with what just happen in front of him, he realized that his girlfriend is a Sailormoon.
The girl transform to become Sailormoon in a second
Err...btw, in a real life, the story above is not more than a gimmick. hehe  . What I’m trying to say is….just a few words of birthday wishes to my Sailormoon which 300miles away from me. I've no birthday present to give, but the best present is a wishes from somebody who care of you.
A well-adjusted woman is one who not only knows what she wants for her birthday, but even knows what she's going to exchange it for. Happy Birthday, Amiera.
p/s: Cerita Sailormoon di atas dipetik dari karangan "My best heroin", karangan murid darjah tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa.
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 25-Jun-2008 07:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hanim and Azizi - Wedding
|
|
The next event, majlis bersanding for this couple. A very "hot" day, sampaikan saya layu terkulai setiap kali duduk. Di majlis itu juga, terjumpa kembali kawan sekolej lama dulu, tak silap saya "Fiza". Maaflah fiza, I really2 cannot remember, yelah dah dekat 8 tahun tinggalkan kolej tu, susah nak ingat nama sorang-sorang melainkan kawan-kawan yang still keep in touch, lagi-lagi kalau kelas yang berlainan. Yang lepas je zaman kolej dan menghilang tu memang tak ingat, melainkan Ahmad Fetry Yahya sebab slalu duk tgk kat TV3. haha. Mungkin ada kawan-kawan sekolej dulu yang dah lost contact, terjumpa page ini atas rekemendasi kawan-kawan, pls update me your current status (kerja, alamat and contact number) di ruangan komen atau email saya di aziz@silverstone.com.my.
Luqmanaziz
Passionate Photographer
(Soon to be associated with another Photographer)
Mobile : 017-4700035/ 019-2222513
Email : aziz@silverstone.com.my
YM : captain_algrenbest@yahoo.com
Blog : http://thefootstep.blogspot.com
|
|
|
|
|
|
| Friday, 20-Jun-2008 08:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Nazifah Hanim & Azizi...Akad Nikah di Masjid Tinggi, Bagan Serai
|
|
Bukan tak kenal dengan Hanim & Zizi ni. Hanim, bekas studen praktikal di syarikat saya berkerja, 2 tahun lepas, Azizi pula salah seorang pekerja di syarikat sama. Cuma dengan Azizi tidak berapa rapat sebab berlainan department, berpindah kerja selepas 6 bulan saya berkerja. Makan tidur makan tidur dah dua tahun, tiba-tiba dapat email daripada Hanim tanyakan tentang wedding photographer. Rupa-rupanya, dalam diam-diam dorg ada affair, patutlah pindah kerja pun dalam masa yang lebih kurang jer, keh keh. Jokes. Jadi, terjumpa la balik dengan dorang berdua ni, dan terlantik la jadi photographer dorang pulak. Selamat pengantin baru anim, zizi.....hehe..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-May-2008 10:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Teruskan saja
|
|
BARU BALIK
Salam. Balik Sabah Khamis lepas, empat hari di sana memang tak cukup. Terlalu singkat untuk merasai apa yang Mak rasa. Btw, sakit-sakit pun mak sempat juga bergurau senda dan buat seolah-olah dia tak sakit. Dalam keadaan macam tu pun dia masih lagi tanya tentang benda-benda yang remeh tentang saya, terlalu mengambil berat, yang sepatutnya saya yang tanya dia. Sambil saya bercakap dengan dia, ternampak di hujung katil, album gambar yang saya bagi dulu dan gambar-gambar konvokesyen saya. Nasihat Mak, teruskan saja apa yang saya dah buat sekarang, pandang ke depan. Sekuat mana hati lelaki, tetap ada rasa sebak juga. Dan ketika ini, doa, usaha dan perhatian adalah yang terbaik untuk dia.
AKAN DATANG
Mungkin bulan ini bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakan-rakan photographer kerana bulan ini memang cukup banyak aktiviti shooting pengantin. Bagi yang full-timer tu mungkin setiap bulan adalah bulan yang sibuk dengan aktiviti ini, tapi yang freelancer rasanya agak kurang sedikit. Jadi, selain kerja-kerja biasa di ofis, kerja-kerja luar juga sangat banyak untuk bulan ini, a very hectic month.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 21-May-2008 07:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fly Balik Kampung
|
|
Balik kampung...automatik teringat lagu "balik kampung" dari Allahyarham Sudirman Hj Arsyad. Biasanya kalau bab balik kampung ni selalu happy. Sejak sekolah menengah dulu, kalau balik kampung naik bas (biasanya lepas solat jumaat), ada perasaan "terharu" lebih-lebih lagi kalau sampai depan rumah, mak & ayah dah tunggu atau masa turun dari bas pun mak dah lama tunggu di perhentian. Sebelum punggah beg, benda pertama mesti kena cium tangan mak. Itu dulu...
Esok saya fly balik kampung. Perasaan dulu tu ada lagi cuma kali ni berlainan sedikit. Saya balik kampung dengan tujuan lain. Mak dah tak boleh tunggu di hentian bas. Ehm...dia sakit
|
|
|
|
|